Bunga hiasan penyeri meja,
Perabot jati dari Melaka,
Jadilah insan berpekerti mulia,
Baik hati berbudi bahasa.
Diahri raya berbaju kelabu,
Sedang menikmati kuih bahulu pukul satu,
Pelajar sentiasa hormatkan guru,
Kerana guru pembekal ilmu.
Bungkus nasi dengan palas,
Disusun elok di atas meja,
Buang segera sifat malas,
Lekas bangkit, terus bekerja.
Tuai padi antara masa,
Esok jangan layu-layuan,
Kalau ingin menepati masa,
Disiplin diri harus ditingkatkan.
Mencari santapan di tanjung Lumpur,
Ke Tanjung Lumpur bersama kesayangan,
Hidup didunia janganlah takbur,
Agar hidup diberkati tuhan.
No comments:
Post a Comment