Saturday, April 18, 2015

TEKS CERAMAH SAINS TEKNOLOGI & INOVASI

     Terima kasih saya ucapkan kepada Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengarah KPTM Kuantan, Penolong Kanan Kolej, Kakitangan Kolej, Pensyarah-pensyarah dan Pelajar sekalian. Asalammualaikum dan salam sejahtera.

Hadirin yang dihormati sekalian,

     Berdiri nya saya disini adalah untuk menyampaikan sebuah teks ceramah yang bertajuk "Sains Teknologi Dan Inovasi". Sebagaimana yang kita maklum, negara kita merupakan sebuah negara yang sedang berkembang, maju dan demi mencapai matlamat wawasan 2020. Negara kita juga merupakan sebuah negara yang membangun, bukan sahaja dari segi pembangunan, infrastruktur, malah ia juga berkembang dalam bidang perubatan juga.

     Negara kita adalah negara yang sedang membangun dari pelbagai aspek iaitu pembangunan, perubatan dan lain-lain. Perkara yang saya hendak bangkitkan adalah tentang teknlogi perubatan. Kerajaan telah berusaha mengurangkan pesakit-pesakit yang berisiko, malah kerajaan juga berusaha menghasilkan pelbagai alatan canggih dalam perubatan sebagai organ tiruan. Antaranya, mata bionik, jantung plastik, tangan dan kaki bionik, paru-paru tiruan dan implan kok lea.

Hadirin yang dihormati sekalian,
   
    Bicara tentang organ tiruan ini, ia boleh dipasang didalam badan manusia atau digunakan di luar badan manusia. Ia mungkin boleh mengantikan fungsi badan secara kekal atau sementara sehingga organ yang telah dijangkiti tersebut menerima organ yang baru. Selain itu, ia juga digunakan sebagai alat bantu hidup untuk mencegah kematian sementara menunggu organ dari penderma yang sesuai. Antaranya, mata, jantung tiruan, kok lea tiruan, paru-paru tiruan dan lain-lain.

     Setiap organ-organ tiruan tersebut memainkan peranan yang penting seperti jantung tiruan. Jantung tiruan ini mempunyai perentak jantung akan menghantar signal elektrik untuk merangsang otot ventikal. Ia juga adalah alat elektronik yang bolek diaplikasi samaada berperingkat atau mengikut keperluan sendiri. Jantung berfungi mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan yang sekata yang berulang. Hal ini boleh mengurangkan sedikit banyak masalah jantung ini di negara kita.

     Selain itu mata bionik ia digunakan bagi mengantikan mata yang buta. Mata bionik ini mengandungi kamera yang bersambung dengan sepasang cermin mata. Ianya menggunakan implantasi retinal untuk menghantar syarat radio frekuensi ke mikrocip yang telah ditanam didalam retina. Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan orang-orang buta dinegara kita ini.

Hadirin hadirat sekalian,

     Tangan dan kaki tiruan ini bertujuan untuk memulihkan tahap fungsi normal kaki dan tangan atau kudung. Alat mekanikal ini membolehkan pesakit untuk berjalan lagi atau terus menggunakan dua tangan ini. Oleh itu, mereka juga dapat melakukan perkara dan perbuatan seperti insan lain.

     Akhir sekali, kok lea tiruan alat elektronik ini yang dimasukkan melalui pembedahan bagi memberikan deria bunyi kepada seseoarang yang pendengaran nya telah terjejas akibat kemalangan ataupun pekak. Alat ini digunakan untuk membantu orang yang kurang atau rosak pendengarannya. Hal ini boleh mempermudahkan untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

    Sampai disini sahajalah teks ceramah saya ini. Saya berharap tuan-tuan dan puan-puan berbangga dengan teknologi dan ciptaan seperti ini dicipta. Kerana ia membantu sedikit sebanyak masalah. Selain itu, ia juga dapat menaikkan kembali semangat kepada pesakit untuk meneruskan hidup seperti insan biasa.

Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment