Terima kasih saya ucapkan kepada Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengarah KPTM Kuantan, Penolong Kanan Kolej, Kakitangan Kolej, Pensyarah-pensyarah dan Pelajar sekalian. Asalammualaikum dan salam sejahtera.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Berdiri nya saya disini adalah untuk menyampaikan sebuah teks ceramah yang bertajuk "Sains Teknologi Dan Inovasi". Sebagaimana yang kita maklum, negara kita merupakan sebuah negara yang sedang berkembang, maju dan demi mencapai matlamat wawasan 2020. Negara kita juga merupakan sebuah negara yang membangun, bukan sahaja dari segi pembangunan, infrastruktur, malah ia juga berkembang dalam bidang perubatan juga.
Negara kita adalah negara yang sedang membangun dari pelbagai aspek iaitu pembangunan, perubatan dan lain-lain. Perkara yang saya hendak bangkitkan adalah tentang teknlogi perubatan. Kerajaan telah berusaha mengurangkan pesakit-pesakit yang berisiko, malah kerajaan juga berusaha menghasilkan pelbagai alatan canggih dalam perubatan sebagai organ tiruan. Antaranya, mata bionik, jantung plastik, tangan dan kaki bionik, paru-paru tiruan dan implan kok lea.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Bicara tentang organ tiruan ini, ia boleh dipasang didalam badan manusia atau digunakan di luar badan manusia. Ia mungkin boleh mengantikan fungsi badan secara kekal atau sementara sehingga organ yang telah dijangkiti tersebut menerima organ yang baru. Selain itu, ia juga digunakan sebagai alat bantu hidup untuk mencegah kematian sementara menunggu organ dari penderma yang sesuai. Antaranya, mata, jantung tiruan, kok lea tiruan, paru-paru tiruan dan lain-lain.
Setiap organ-organ tiruan tersebut memainkan peranan yang penting seperti jantung tiruan. Jantung tiruan ini mempunyai perentak jantung akan menghantar signal elektrik untuk merangsang otot ventikal. Ia juga adalah alat elektronik yang bolek diaplikasi samaada berperingkat atau mengikut keperluan sendiri. Jantung berfungi mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan yang sekata yang berulang. Hal ini boleh mengurangkan sedikit banyak masalah jantung ini di negara kita.
Selain itu mata bionik ia digunakan bagi mengantikan mata yang buta. Mata bionik ini mengandungi kamera yang bersambung dengan sepasang cermin mata. Ianya menggunakan implantasi retinal untuk menghantar syarat radio frekuensi ke mikrocip yang telah ditanam didalam retina. Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan orang-orang buta dinegara kita ini.
Hadirin hadirat sekalian,
Tangan dan kaki tiruan ini bertujuan untuk memulihkan tahap fungsi normal kaki dan tangan atau kudung. Alat mekanikal ini membolehkan pesakit untuk berjalan lagi atau terus menggunakan dua tangan ini. Oleh itu, mereka juga dapat melakukan perkara dan perbuatan seperti insan lain.
Akhir sekali, kok lea tiruan alat elektronik ini yang dimasukkan melalui pembedahan bagi memberikan deria bunyi kepada seseoarang yang pendengaran nya telah terjejas akibat kemalangan ataupun pekak. Alat ini digunakan untuk membantu orang yang kurang atau rosak pendengarannya. Hal ini boleh mempermudahkan untuk berkomunikasi antara satu sama lain.
Sampai disini sahajalah teks ceramah saya ini. Saya berharap tuan-tuan dan puan-puan berbangga dengan teknologi dan ciptaan seperti ini dicipta. Kerana ia membantu sedikit sebanyak masalah. Selain itu, ia juga dapat menaikkan kembali semangat kepada pesakit untuk meneruskan hidup seperti insan biasa.
Sekian terima kasih.
DREAMCATCHER
Saturday, April 18, 2015
Monday, April 6, 2015
PANTUN NASIHAT
Bunga hiasan penyeri meja,
Perabot jati dari Melaka,
Jadilah insan berpekerti mulia,
Baik hati berbudi bahasa.
Diahri raya berbaju kelabu,
Sedang menikmati kuih bahulu pukul satu,
Pelajar sentiasa hormatkan guru,
Kerana guru pembekal ilmu.
Bungkus nasi dengan palas,
Disusun elok di atas meja,
Buang segera sifat malas,
Lekas bangkit, terus bekerja.
Tuai padi antara masa,
Esok jangan layu-layuan,
Kalau ingin menepati masa,
Disiplin diri harus ditingkatkan.
Mencari santapan di tanjung Lumpur,
Ke Tanjung Lumpur bersama kesayangan,
Hidup didunia janganlah takbur,
Agar hidup diberkati tuhan.
FAKTA KITAR SEMULA
Kitar semula ialah suatu proses menggunakan semula bahan-bahan yang dibuang dalam bentuk lain. Mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang sama sebagai contoh kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang baru atau polisterin terpakai digunakan bagi menghasilkan polisterin lain. Bahan yang hendak dikitar semula samaada di bawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, dibersihkan dan di proses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan.
Penambahan sampah sarap kian hari kian serius pada masa kini oleh para pengguna. Selain itu, bagi mengurangkan jumlah sampah yang dibuang, program kitar semula telah dilaksanakan. Maka secara tidak langsungnya, kitar semula bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan penggunaan sumber alam, ia juga dapat membantu mengatasi masalah pencemaran yang dihadapi oleh negara kita. Seterusnya, program kitar semula juga berupaya menangani masalah kekurangan kawasan pelupusan sampah yang sememangnya semakin sukar disediakan oleh Majlis Perbandaran atau Dawan Bandaraya. Oleh itu, keadaan ini dapat mencegah perbakan pelbagai jenis penyakit oleh lalat atau nyamuk kerana bahan buangan dapat dikendalikan dengan baik atas oelaksanaan program kitar semula dan kesihatan masyarakat juga dapat terjamin.
Antara barangan yang menjadi pilihan program kitar semula ialah barangan kertas. Sebenarnya ramai yang tidak menyedari barangan kertas yang terbuang merupakan sumber alam yang amat bernilai kepada kita semua. Secara maklum semua, pokok balak merupakan input yang amat penting bagi industri penghasilan kertas. Bagi menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 batang pokok terpaksa ditebang. Jadi, fikirkanlah berapakah jumlah batang pokok yang perlu di terbang jika kita membazirkan kertas dengan sewenang-wenangnya? bagi penebangan hutan yang tidak terkawal, barangan kertas yang terpakai harusnya dikitar semulakan. Perbuatan ini dapat menyelamatkan pokok-pokok yang semakin hari semakin terpupus. Disamping itu, juga dapat menurunkan kos barangan kertas. Akhirnya, sudah tentu menguntungkan pengguna.
Kesimpulanmya, kitar semula mestilah diteruskan dengan pelbagai pendekatan dan kempen. Kempen Hari Sabtu Tanpa Beg Plastik 2010 dan Hari Kitar Semula 11 November setiap tahun diharapkan mendapat sokongan masyarakat. Masyarakat wajar didedahkan bahawa kitar semula telah bermula pada tahun 1813 kerana dunia telah kehabisan sumber bahan mentah, apatah lagi pada tahun 2014. Tanpa kitar semula, Bandaraya Kuala Lumpur akan tenggelam di dalam sampah sarap dalam masa sehari. Oleh itu, Kempen Fikir Dahulu Sebelum Buang mestilah diamalkan agar kebersihan alam terus dipelihara.
KEPELBAGAIAN KAUM
Masyarakat di negara kita terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Setiap kaum di Malaysia mempunyai budaya yang unik dan warisan budaya tersendiri. Contohnya, terdapat perbezaan antara tarian, muzik, bahasa dan dialek yang digunakan oleh pelbagai kaum.
Seni tari merupakan sebahagian daripada budaya kita. Dalam masyarakat tradisional, tarian dipersembahkan semasa majlis keramaian. Budaya ini wujud sehingga ke hari ini. Walaubagaimanapun, terdapat tarian tradisional yang diubah suai mengikut perkembangan semasa. Tarian biasanya, diiringi dengan muzik. Alat-alat muzik terdapat dalam peelbagai jenis dan berbeza mengikut kaum. Alat-alat muzik dapat menjadi tarikan sesebuah tarian atau nyanyian.
keunikan budaya Malaysia juga dapat diketahui melalui pelbagai bahasa dan dialek. Bahasa merupakan satu cara berkomunikasi. Terdapat pelbagai bahasa di negara kita seperti Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Dialek pula wujud apabila sekolompok manusia mengubah suai bahasa mengikut budaya tempatan. Misalnya seperti dialek Kelantan, Kedah dan dialek Negeri Sembilan. Dialek yang ada dalam masyarakat cina seperti kantonis, hokkien, hakka dan sebagainya. Kaum India menggunakan bahasa tamil, malayalam dan telegu. Walaupun budaya masyarakat kita berbeza, namun kita masih boleh hidup dalam keadaan harmoni. Negara kita menjadi teladan kepada negara lain yang mempunyai masyarakat majmuk.
Disamping itu, makanan juga melambangjan sesuatu kaum dan dapat menyumbang kepada perpaduan kaum. Seperti yang kita sedia maklum, setiap kaum di Malaysia mempunyai sejarah tentang makanan tradisional kaum masing-masing Oleh itu, makanan juga mampu mengeratkan silaturahim sesama kaum. Sebagai contoh, roti canai, nasi lemak, lontongbukan hanya di makan oleh kaum melayu, manakala tosei, capati dan muruku bukan sahaja untuk kaum-kaum India dan begitu juga makanan cina bukan hanya dimakan oleh Cina sahaja. Namun demikian, makanan ini dimakan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa dan kaum.
Justeru, kepelbagaian kaum ini dapat menampakam pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup bersama dari dahulu lagi. Hal ini demikian, mempengaruhi antara satu sama lain lalu menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik. Gabungan ini, merupakan jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India. Tiga kaum terbesar ini mempunyai pelbagai adat dan budaya tersendiri. Selain itu, Negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik peribumi, masing-masing dengan budaya serta warisan yang unik dan tersendiri.
Seterusnya, terdapat pelbagai keagamaan dan kepercayaan yang diwarisi dalam sesebuah kaum. Rakyat Malaysia diberi kebebesan beragama. Setiap kaum mempunyai agama yang tersendiri. Mereka percaya terhadap agama mereka yang dapat memberi keharmonian dalam sesebuah kaum. Mereka mengamalkan kepercayaan masing-masing. Kekayaan kebudayaan yang diamalkan oleh setiap kaum diserikan lagi dengan amalan pelbagai perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri,Wesak,Deepavali,Tahun Baru Cina dan sebagainya. Masyarakat kita mengamalkan sikap toleransi dan saling menghormati upacara keagamaan dan perayaan kaum-kaum lain. Keunikan dan keharmonian ini menjadi kebanggaan setiap kaum yang selama ini hidup dalam keadaan yang aman damai.
Akhir sekali, ramai pelancong luar negara berkunjung ke Malaysia kerana tertarik dengan budaya masyarakat berbilang kaum yang terdapat di Malaysia. Banyak keunikan cara hidup masyarakat pelbagai kaum dapat ditonjolkan seperti kepelbagaian makanan,pakaian,rumah,ibadat,kesenian dan sebagainya kepada pelancong asing. Keunikan inilah yang menyebabkan pelancong Eropah, Timur Tengah dan Asia Timur datang ke Malaysia untuk melihat dengan lebih dekat kebudayaan pelbagai kaum. Sebagai buktinya, pada tahun lalu, seramai 25 juta orang pelancong asing datang ke negara kita hasil daripada usaha kerajaan yang bersungguh, sungguh mempromosikan keunikan yang terdapat di Malaysia. Khususnya kebudayaan pelbagai kaum yang terdapat di sini. Perpaduan kaum yang kukuh di negara kita mampu menarik pelancong asing datang ke sini.
Kesimpulannya, rakyat Malaysia perlu saling berpaut antara satu sama lain dan mereka saling bergantung sesama mereka. Walaupun masyarakat berbilang kaum. Malaysia akan terus bersasingan daripadasegi etnik kaum, namun Malaysia akan terus aman, berkeupayaan untuk mencapai pertumbuhan antara kaum jika pimpinan negara inimemahami masalah yang terdapat dan mempunyai kemampuan mengurus.
Thursday, March 12, 2015
SEMBELIT
Sembelit adalah masalah pencernaan yang umum terjadi. Biasanya ditandai dengan susah buang air besar atau buang air besar tidak teratur. Selain orang yang menderita sembelit sering mengalami pergerakan di usus, terasa melilit dan perut terasa sakit. Orang yang mengalami sembelit biasanya hanya buang air besar sebanyak 3 kali seminggu atau bahkan kurang. Ada pepatah bahawa mencegah lebih baik daripada mengubati. Cara- cara mencegah penyakit sembelit:
Cara pertama, mengonsumsi makanan yang kaya akan serat setiap hari secara teratur akan membantu meningkatkan kondisi kesihatan secara kesuluruhan. Serat merupakan elemen penting untuk menyihatkan sistem pencernaan. Serat membantu feses agar lebih mudah melewati usus. Sumber makanan yang kaya serat antara lain adalah buah-buahan, sayur-sayuran, kacang-kacangan dan biji-bijian.
Cara kedua, minum air putih minimal 8 gelas setiap hari dapat mencegah munculnya sembelit. Air dapat membantu membuat feses menjdi lebih lunak sehingga tidak akan menimbulkan sakit di usus.
Selain itu, ada beberapa makanan yang dapat menyebabkan sembelit. Contohnya, adalah roti yang terbuat dari terigu putih atau produk susu, daging, telur, keju dan makanan olahan. Begitu juga ubat-ubatan seperti antaid dapat menyebabkan sembelit. Oleh kerana itu, batasi konsumi makan dan ubat-ubatan tersebut.
Terakhir, hasil penelitian menunjukan bahawa senaman secara teratur dapat mencegah sembelit. Bersenam selama 30 puluh minit setiap hari ata 35 kali dalam seminggu dapat membantu sistem pencernaan bekerja lebih efektif dan membantu mencegah sembelit.
Subscribe to:
Posts (Atom)